Saturday 11 February 2012

Kayuhan Puchong - Bagan Lalang - Puchong 140km




ALHAMDULILLAH, pada 6febuari 2012, PG-express mtb team telah berjaya menganjurkan satu event dalaman iaitu berbasikal dari puchong ke bagan lalang yang merangkumi perjalanan sejauh 140km pergi dan balik



Perjalanan yang pada awalnya dirancang bertolak dari puchong pada pukul 5 petang terpaksa di tunda pada pukul 6.30petang akibat hujan di puchong, Kayuhan ini telah ditaja oleh KEDAI BICYCLE ONLINES dan saudara Dean Bleaded.



Kayuhan yang disertai oleh 17 orang peserta di mulakan di Syed Bistro Puchong Perdana dan di mulakan dengan bacaan doa di lepaskan menuju ke checkpoint pertama iaitu shell kot warisan.Sebanyak 4 kerta mengawasi platoon rider ini dan sebuah motosikal yang ditunggangi saudara Azman haji syawal tiba di KOTA WARISAN tepat pada pukul 8 malam dan di hidangkan makanan ringan daripada saudara ASRI. dan kayuhan di terus kan menuju ke checkpoint dua iaitu di pekan lama Sepang






Tepat pukul 9.50 malam , para rider sampai di checkpoint dua iaitu di medan selera pekan sepang di mana rider berehat selama 10 minit sebelum perjalanan diterus kan ke pekan bagan lalang,setibanya mereka di Pantai Bagan Lalang para rider di hidang kan makanan laut seperti ikan siakap sotong goreng dan sebagainya sebelum mereka bermalam di homestay berdekatan.


Perjalanan pulang pula bertolak pada pukul 6.30 petang dan singgah sebentar di medan selera Sg. Pelek untuk sarapan pagi sebelum para rider berlepas pulang tepat pada pukul 8 pagi menuju ke check point pertama untuk kayuhan pulang iaitu di shell habu di jalan nilai-klia. Para riders seterusnya meneruskan kayuhan pulang dan sampai di starting point tepat pada pukul 11 pagi.. alhamdulillah



Friday 10 February 2012

Kuala Pilah MTB royal JAMBOREE



ALHAMDULILLAH, pada 28 januari, PG EXPRESS telah menyertai Kala Pilah MTB royal jamboree di pekan kuala pilah sempena sambutan hari keputeraan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sebilan 2012.
Anjuran PARLIMEN KUALA PILAH, DATO' HASAN MALEK & PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN CAWANGAN KUALA PILAH..

Trek offroad dan onroad yang disertai seramai lebih dari 700 orang itu melalui sawah padi,hutan sawit dan getah serta kampung sejauh 30 km itu bermula di pekan kuala pilah dan berakhir juga di pekan kuala pilah.ia meliputi 3 kategori iaitu Vetrean,Open  dan women.

Tahniah kepada semua rider-rider PG-EXPRESS MTB yang telah selesai menyertai missi kuala pilah jamboree,semuanya pulang dengan tenang.seramai 27 rider PG-EXPRESS telah mselesai menyertai misi ini
Ranking Pg EXpress dalam Jamboree ini:_

Category Open:
1. Mohammad Azhar Zakaria No. 25
2. Aiman Affendi No. 45
3. Dak Abang No. 46
4. Ab Aziz No. 60
5. Saiful Specialize No. 111
6. Amir Asraf no. 128
7. Mohd Akmal Zakaria
8. MOHD NAZRY HAMZAH
9. AZMEE SCANIA
10.SAHARULEZAM BIN NORDIN
11.KHAIRUL ANUAR BIN JELANI
12.MUHAMAD AFIZI BIN RAZALI
13.ZULKIFLI BIN MOHAMED
14.HAIRUL AZREEN BIN HAMZAH
15.MOHD SAHIDAN BIN OMAR
16.MUHAMMAD FARHAN BIN BORHAN
17.MOHD SARIL BIN HASSAN
18.RIDZUAN BIN LOWI
19.MOHD Azhar (Koai) No. 2**
20.SHARIL MUHAMAD
21.MOHAMMAD FIRDAUS
22.AMIR DAHLAN
23.MOHAMMAD ERREY SAAD
24.MOHAMAD FADZIL

VETERAN CATEGORY
1. BRADER AI NO. 28
2. ZAKARIA RAMLEE
3. AHMAD ASRI NO 6*
4. NORAZMAN HJ SYAWAL NO. 8*
6. ROSNIZAM MAK LAK NO. 8*

 

Tuesday 31 January 2012

Keputusan penuh Sg. Selangor


Tahniah kepada semua rider team Pg Express MTB yang telah berjaya dalam Jamboree Sg, Selangor. Syukur ALhamdullilah semuanya pulang dengan selamat, walaupun ada rider yang cedera ringan tapi semuanya selamat pulang dengan baik. TAHNIAH semua.

Ranking jambore Sg. Selangor (unofficial)
1. Epul Apis - No 31 .
2. Cikgu Nazri - No 61 .
3. Aiman Affendi - No 108.
4. Ab Aziz - No 124
5. Irwan Shah - No 147 -
6. Amir Asraf - no. 184 -
7. Zul hijrah - No.185
 8.Mohd Rabbe- No 230 
9. Azli Ahmad - No.232
10. Zahar Afendi- No243
11.Rahman Syah - No.297
12.Amirul Bazli - No.314
13. Yusdi Amir Yusuf - No 355
14.Azmi Scania - No.409
15. Wan Mohd Syafiq - Tahniah
16.Amirul Badzli - Tahniah
17.Shazwan md Amir - Tahniah
18.Izral Shaharil - Tahniah
19. Dean Blended - Tahniah 
20.Azmal Zahamail  21.Afendi Nizar

Pada rider yang tau kedudukan masing-masing boleh update sekali. Saya tak dapat info. Tq

Veteran Category Total rider almost 300 org

1. Brader Ai. No 58 -
2. Azmi Musa. No. 63 -
3. Norazaman (Man Carbon) - No 83 -
4. Jasmi Jaafar -
5. Ahmad Sukri -
6. Ahmad Asri -
7. Sofian Hamsi -
8. Shamsul Aizat -

Women Cetogary

1- Leenda Nordin - finisher
2. Saemah Hussine -  finisher
3. Hamidah mat - Finisher

Junior Cetagory

1. Mohd Izzat Sopian - No. 24 ..


Mohan maaf sekira ada nama-nam rider yang tertinggal dan jugak postion yang tertinggal. . Terima kasih

Monday 16 January 2012

Sg Selangor Endurance Ride!

SABTU-14JANUARI-Tahniah kepada semua pengayuh team pg-express yang menyertai Sungai Selangor endurance di ijok, selangor, kayuhan sejauh 40 km yang melalui hutan sawit, kebun buah tempatan serta bukit yang tinggi dan mengujakan! Seramai 1200 peserta menyertai kayuhan yang terbahagi kepada beberapa kategori iaitu mens open ,veteran (40 tahun ke atas) , women open , dan junior open.
Para rider di dalam kategori men open di lepaskan tepat pada jam 8.15 pagi, dan 5minit kemudian peserta veteran pula dilepaskan dan akhis sekali ketegori junior dan women dilepaskan serentak.
Sekalung tahniah kepada rider yang menerima medal istimewa bagi mereka yang dapat menghabis kan kayuhan di dalam kelompok 150 terbaik, dan selebihnya hanya medal finisher

para peserta PG-EXPRESS
GPS koordinat   N 03 20' 58.5" E 101 25' 33"
Tempat berkumpul di Dewan Kuarters Loji Rawatan Air Sg. Selangor Fasa II


Majlis kayuhan ditutup dengan majlis cabutan bertuah dimana ia menyediakan hadiah seperti rim DT-SWISS, frame basikal berjenama GIANT XTC,KONA, GIANT ATX serta hadiah utama merupakan groupset SHIMANO XT .




di starting point
sebelum para rider
di lepaskan




kategori vateren open berumur 40 tahun ke atas




women dan junior open


para rider di lepaskan




 semasa tamat kayuhan dan upacara cabutan bertuah














Tahniah juga kepada SG-SELANGOR ENDURANCE  team yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Event ulung mereka. Insyallah kita akan berjumpa lagi.

Sunday 18 December 2011

TAHNIAH PG EXPRESS MTB DALAM FIRE X ALOR GAJAH

SABTU 17 Dec- Tahniah kepada semua rider-rider Pg Express MTB team yang telah berjaya dalam Fire X Alor Gajah Jamboree. Kayuhan sejauh 40km melalui laluan hutan,bukit-bukit, ladang kelapa sawit, ladang getah telah di terokai dengan jayanya, Seramai 1400 peserta yang telah mendaftar dan kayuhan di lepaskan pada pulul 8.00 pagi . Semua rider-rider telah memecutkan kayuhan awal di laluan jalan raya sejauh 4 km sebelum melalui laluan off-road. Pihak penganjur juga telah menghadiahkan sebuah plug sebagai cenderamata kepada team PG EXPRESS MTB kerana merupakan peserta yang ramai. Majlis ini telah diselesaikan dengan cabutan hadiah number bertuah seperti Sebuah motosikal 125 cc, 5 buah basikal dari model XDS, Le Run, Fixie dan hadiah-hadiah lain seperti FRAME basikal GIANT IGUANA sebanyak 10 biji telah disediakan berserta dengan hadiah-hadiah barangan basikal yang lain.  Dua orang daripada team PG EXPRESS MTB telah berjaya memenangi  frame basikal GIANT IGUANA. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh T.Y.T Dato Khalid dan majlis selesai pada jam 2.00 petang. Tahniah juga kepada FIRE X Alor Gajah team yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Event ulung mereka. Insyallah kita akan berjumpa lagi.


Wednesday 14 December 2011

PG EXPRESS AKAN MENYERTAI FIRE X JAMBOREE ALOR GAJAH

Seramai 54 rider telah berdaftar untuk menyertai Fire X Alor Gajah Jambore pada hujung minggu ini iaitu 17hb Dis 2011 hari sabtu. Jamboree ini akan bermula di dataran Alor gajah, Melaka. Team Pg Express telah bersiap sedia bagi menyahut segala cabaran laluan trek yang telah di sediakan oleh Pihak pengajur. Selamat berjuang PG EXPRESS MTB rider. ALL THE BEST.

Wednesday 23 November 2011

KAYUHAN PESTA PANTAI MELAKA - TANJUNG BIDARA

MARI KITA SAMA-SAMA MEMERIAHKANNYA.
HADIAH-HADIAH CABUTAN BERTUAH TELAH DISEDIAKAN

SEBAHAGIAN DARIPADA LALUAN PESTA PANTAI







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...