Sunday 18 December 2011

TAHNIAH PG EXPRESS MTB DALAM FIRE X ALOR GAJAH

SABTU 17 Dec- Tahniah kepada semua rider-rider Pg Express MTB team yang telah berjaya dalam Fire X Alor Gajah Jamboree. Kayuhan sejauh 40km melalui laluan hutan,bukit-bukit, ladang kelapa sawit, ladang getah telah di terokai dengan jayanya, Seramai 1400 peserta yang telah mendaftar dan kayuhan di lepaskan pada pulul 8.00 pagi . Semua rider-rider telah memecutkan kayuhan awal di laluan jalan raya sejauh 4 km sebelum melalui laluan off-road. Pihak penganjur juga telah menghadiahkan sebuah plug sebagai cenderamata kepada team PG EXPRESS MTB kerana merupakan peserta yang ramai. Majlis ini telah diselesaikan dengan cabutan hadiah number bertuah seperti Sebuah motosikal 125 cc, 5 buah basikal dari model XDS, Le Run, Fixie dan hadiah-hadiah lain seperti FRAME basikal GIANT IGUANA sebanyak 10 biji telah disediakan berserta dengan hadiah-hadiah barangan basikal yang lain.  Dua orang daripada team PG EXPRESS MTB telah berjaya memenangi  frame basikal GIANT IGUANA. Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh T.Y.T Dato Khalid dan majlis selesai pada jam 2.00 petang. Tahniah juga kepada FIRE X Alor Gajah team yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan Event ulung mereka. Insyallah kita akan berjumpa lagi.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...