EVENT PGEXPRESSMTB

KAYUHAN PESTA PANTAI MELAKA-TANJUNG BIDARA

Sabtu - 10 Dec. Kayuhan Pesta Pantai Melaka - Tanjung Bidara telah direalisasikan oleh PG Express MTB dan Badan Perlancungan Negeri Melaka bagi memeriahkan lagi hari pesta tersebut. PG Express MTB diberi kepercayaan bagi menyediakan event kayuhan ini yang mana ia bermula di tapak pesta tersebut. Kayuhan ini telah disertai seramai 200 orang rider-rider diserata negeri melaka, Negeri sembilan dan Johor. Kayuhan bermula pada jam 9.00 pagi dengan melalui laluan jalan utama sejauh 2km sebelum menuju ke jalan hutan yang telah disediakan. Kayuhan ni berakhir pada jam 11.20 pagi  yang mana semua peserta akan menerima cabutan bertuah yang berbentuk barangan basikal. Hadiah cabutan bertuah ini telah disediakan oleh badan perlancungan negeri Melaka. Activiti ini telah berjalan dengan jayanya. Kami mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak-pihak yang terlibat seperti Badna perlancungan negeri Melaka, Jeperun Tanjung Bidaran, PG Express MTB, Marshall-Marshall dan semua para rider . Insyallah tahun hadapan kita berjumpa lagi.


NITE FUN RIDE  - SAT.9 JULY 2011.

Kayuhan Malam yang telah di anjurkan oleh KSK Tanjung Bidara, Belia Tanjung Bidara dan juga PG EXPRESS MTB team. Kayuhan ini telah disertai seramai 500 lebih rider yang datang dari negeri Melaka, Johor, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Laluan sepanjang 32km yang terbahagi kepada 2 bahagian jalan iaitu offroad 14km dan onroad 18km.

8.00 mlm peserta dilepaskan oleh Dato' Abdul Karim selaku VIP jemputan pada malam tersebut. Para peserta semuanya telah memulakan kayuhan dengan mantap untuk melepasi bebarapa laluan onroad sebelum menuju ke offroad . Kayuhan telah tamat pada jam 12.30am dan para peserta telah mengakhiri majlis ini dengan cabutan bertuah yang mana hadiah-hadiahnya berbentuk barangan basikal dan juga basikal MTB.

Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rider-rider, marshall-marshall dan para-para petugas yang telah menjayakan event ini dengan jayanya. Insyallah, kami akan memperbaiki kekurangan dalam event ini dan akan buat yang terbaik di masa akan datang.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...