Saturday 11 February 2012

Kayuhan Puchong - Bagan Lalang - Puchong 140km




ALHAMDULILLAH, pada 6febuari 2012, PG-express mtb team telah berjaya menganjurkan satu event dalaman iaitu berbasikal dari puchong ke bagan lalang yang merangkumi perjalanan sejauh 140km pergi dan balik



Perjalanan yang pada awalnya dirancang bertolak dari puchong pada pukul 5 petang terpaksa di tunda pada pukul 6.30petang akibat hujan di puchong, Kayuhan ini telah ditaja oleh KEDAI BICYCLE ONLINES dan saudara Dean Bleaded.



Kayuhan yang disertai oleh 17 orang peserta di mulakan di Syed Bistro Puchong Perdana dan di mulakan dengan bacaan doa di lepaskan menuju ke checkpoint pertama iaitu shell kot warisan.Sebanyak 4 kerta mengawasi platoon rider ini dan sebuah motosikal yang ditunggangi saudara Azman haji syawal tiba di KOTA WARISAN tepat pada pukul 8 malam dan di hidangkan makanan ringan daripada saudara ASRI. dan kayuhan di terus kan menuju ke checkpoint dua iaitu di pekan lama Sepang






Tepat pukul 9.50 malam , para rider sampai di checkpoint dua iaitu di medan selera pekan sepang di mana rider berehat selama 10 minit sebelum perjalanan diterus kan ke pekan bagan lalang,setibanya mereka di Pantai Bagan Lalang para rider di hidang kan makanan laut seperti ikan siakap sotong goreng dan sebagainya sebelum mereka bermalam di homestay berdekatan.


Perjalanan pulang pula bertolak pada pukul 6.30 petang dan singgah sebentar di medan selera Sg. Pelek untuk sarapan pagi sebelum para rider berlepas pulang tepat pada pukul 8 pagi menuju ke check point pertama untuk kayuhan pulang iaitu di shell habu di jalan nilai-klia. Para riders seterusnya meneruskan kayuhan pulang dan sampai di starting point tepat pada pukul 11 pagi.. alhamdulillah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...