ACTIVITI 2012

PG EXPRESS MTB - BERKEHMAH DI JERAM TENGKEK

Pg Express MTB group dari melaka telah melakukan activiti riadah berkehmah di jeram tengkek. Seramai 20 orang telah turut serta dalam activiti ini. Segala persiapan telah disusun rapi dan usaha ini telah mengeratkan silaratulrahim di kalangan ahli-ahli pg express mtb.






PG EXPRESS MTB telah menerima jumputan dari Majlis Perbandaraan Petaling Jaya untuk menyertai Bengkel Percambahan Fikiran " Pj, CYCLEWAYS"

KAYUHAN PESTA PANTAI MELAKA - TANJUNG BIDARA TELAH DIREALISASIKAN OLEH PG EXPRESS MTB
SABTU - 10 DEC 2011 - Tahniah kepada PG Express MTB yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan pesta pantai Melaka - Tanjung Bidara. Segala persiapan seperti Trek laluan dan  pendaftaraan peserta telah berjalan dengan lancar. Segala activiti yang telah berlangsung pada hari tersebut telah dibantu oleh ahli team pg express s MTB sendiri dan juga marshall-marshal yang bertugas dengan baik sekali. Terima Kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan event ini. Insyallah jika diberi peluang kita akan buat yang terbaik pada tahun hadapan.






PELANCARAN TAMAN REKREASI WORLDWIDE LANDFILLS PARK - PUCHONG

7 DECEMBER 2011 - Pihak worldwide holding telah menjemput Team PG Express MTB, MPPJ Bike team dalam pelancaraan taman rekreasi wordwide landfills park yang teletak di kawasan puchong. Yang mana perasmian ini telah dibuat oleh Menteri Besar Selangor " YAB Dato Khalid.
Kawasan tapak ini adalah merupakan tempat buangan sampah di dalam negeri selangor dan dengan kerjasama  SKM ENviros, UK dan Fichner Germany dengan menggunakan technology tinggi bagi pelupusan seperti " Mechanical Biological Treatment" telah berjaya membaik pulih kawasan-kawasan in dari masalah pencemaran alam sekitar. Team Pg Express dan MPPJ bike turut sama-sama menjayakan majlis ini dengan membuat kayuhan menerokai kawasan rekreasi sebagai pelancaran yang mana pelepasan dibuat oleh Menteri Besar Selangor.  Taman rekreasi ini telah menyediakan laluan berbasikal dan laluan jogging untuk para-para pengunjung untuk beriadah bersama-sama keluarga dan teman-teman.






NITE RIDE KULAI 3/12/2011



Erwan Hilmee,Azmee Scania, Shahirwan, Zul hijrah, Dean ,Ahmad Asri, Brader Ai dan Ab Aziz

Tahniah kepada semua peserta Pg express MTB yang telah berjaya menghabiskan Kulai nite ride. Kayuhan yang penuh dengan cabaran dan rintangan yang hebat kerana hujan telah turun dengan lebatnya sebelum event bermula.  Seramai 450 orang rider yang telah menyertai kayuhan pada malam tersebut. Kayuhan bermula pada pukul 8.30 malam bermula melalui  jalan raya sejauh 4 km  sebelum menempuh laluan offroad. Lala Keadaan trek yang lecak, berlopak dengan air, laluan bukit bukau yang mencabar telah menduga keupayaan pada para-para rider. Berbagai rintangan laluan yang di tempuhi seperti laluan curam bukit, laluan lereng bukit, dakian bukit yang mencabar namum kami berjaya jugak merintang dengan jayanya. Acara ni telah selesai pada pukul 1.00 pagi dengan cabutan hadiah bertuah merupakan barangan-barangan basikal. Insyallah tahun hadapan akan bertemu lagi dalam event ini. Sekian.

KAYUHAN BUKIT ALTATUNYA & RAMLEE 21/11/2011

AHAD - 27/11/2011. Seramai 10 rider dari pasukan PG EXPRESS MTB telah cuba membuat dakian ke bukit Altatunya dan Ramlee. Dakian ini bermula pada pukul 8.30 pagi berkumul di ALAM BUDIMAN area. Kayuhan bermula dengan melalui single trek mendaki menuju ke puncak bukit Altatunya. Laluan akan mencabar kerana laluan agak basah dan lembab kerana hujan di pagi hari. Setelah melepasi  beberapa bukit-bukit kecil kami pun melalui laluan mendaki bukit Altatunya. Selepas melepasi punck bukit Altatunya kami pun melalui laluan cerum menuruni bukit altatunya dan menuju pula ke bukit ramlee. Laluan bukit ramlee yang agak tinggi benar-benar mencabar kemampuan para-para rider. Sedikit demi sedikit kami menakluki laluan ke bukit ramlee. Akhirnya puncak ramlee berjaya di tawani. Dibukit ramlee kami dihidangkan minumun nenas yang sugguh manis rasanya. Tak di sangka dipuncak bukit ramlee ada R & R untuk para-para rider melepaskan rehat sebelum turun menuju ke tapak permulaan. Akhirnya kami telah melepas sejauh 24km sepanjang perjalanan hari ini.   







KAYUHAN AIDILADHA 


Date: 8 Nov 2011 - Seramai 14 rider telah memulakan kayuhan selepas Berhari raya Aidiladha. Kayuhan yang mantap menerokai beberapa jalan berbukit sejauh 27km.  TAHNIAH...

SOPHIA JANE TRAIL - KEMENSAH

Kayuhan bermula dari perkarangan perkampungan kemensah, Ulu Klang.  Lalu sejauh 3 km melalui jalan tar sebelum memasuki laluan offroad dan mendaki ke Air terjun Sophia Jane.  Team Pg Express & Team Gaateh telah bersama untuk menakluki trail sophia jane. Kayuhan mendaki sejauh 5km ke atas bukit  benar-benar mencabar kewibawaan para-para rider.  Laluan yang baik dan sungguh mencabar .



KAYUHAN TG. REBUK BERSAMA GENG KAYUHBEB
Ahad - 31/7/2011 - Satu kayuhan menerokai Tg. Rebuk , Puchong bersama-sama PG EXPRESS dan GENG KAYUHBEB.  Seramai 40 telah sertai kayuhan hujung minggu ini. Kayuhan ini telah mengeratkan silatulrahim di kalangan rider dari PG EXPRESS MTB dan GENG KAYUHBEB.Tahniah semua.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...